ahad lepas 8hb satu mini gathering telah dilakukan di rumah mat syal. bbq yg tertangguh sejak sebulan akhirnya berjaya direalisasikan oleh tuan rumah, Mat Syal dgn jayanya.daripada preparation utk bahan mentah sampaila ke bahan teknikal utk bakar ayam...hehehe..thanks dude..cayalah beb..nanti kita buat lagi..yg hadir mlm tu, harmidy with family,pejal n wife dan aku sekeluarga.kalau ikutkan geng kami ni ada lagi 4-5 orang tapi masing2 dah ada komitmen, jadi 4 orang pun jadilah..insya-Allah next time kita buat lagi...maybe kat balkoni rumah aku..hehhehe..mau kena bakar dgn tuan rumah tingkat 5 dan 7 (aku stay kat tingkat 6).
sesi memanggang ayam..wpun permulaan yg agak lembab utk menghidupkan api tetapi berkat kesabaran..akhirnya kita berjaya..cayalah!!
ahli komuniti malam tu terdiri daripada aku sekeluarga, pejal n wife, harmidy dan keluarga serta tuan rumah mat syal
pejal n wife
harmidy geng nikonian..tak leh geng dgn aku la...heheh
mat syal ala-ala emmet butterfingers..hehe
insya-Allah nanti kita buat lagi kawan2..thanks 4 invited me n family!
hari ahad yang lalu 1feb 09, aku n family dijemput mnghadiri majlis sambutan hari jadi anak kawan aku fahmi di kizsports & gym di great eastern mall, jalan ampang. minggu lepas dah buat dah kat rumah tapi tak berpeluang aku nak p, so jmputan kali ni aku tak dapat tolak wpun pdmulanya agak keberatan nak p...huhu. so gambar2 kat bawah ni, masa event hari tu...dania suka sungguh.dapat main macam2 kat dlm tu. insya-Allah boleh bawa dia p lagi.
dah siap pun editing.bkn takde keja.tapi take 5.huhu.so nanti kalau free,boleh la buat part time hantar pizza guna motor rxz.aku dah email pun kat satu ofis.ada yg ketawa.release tension skit.ye la kot.ok.sambung buat kerja.nak kena call customer..huhu
1 feb ni dania zahra dah 1 tahun 2 bulan. pejam celik pejam celik, dania dah cepat berubah wpun badan dia tak besar mana pun...huhu...proses kehidupan daripada boleh meniarap, merangkak sehinggalah sekarang ni dah boleh berjalan..oleh sebab itu, moment2 ini tidak boleh dilepaskan utk dirakamkan dlm bentuk digital or hardcopy sebagai kenangan yang kekal abadi yang boleh disimpan dan dilihat oleh cucu cicit..huhu..hari ini mama dania mc lagi..semput lagi..
hari ni masuk sebulan aku tunggu call dari pihak pengurusan restoran seri melayu di menara alor star nak informed semula sama ada sunglasses aku yg tertinggal tu masih ada ataupun tidak.masa kami pegi time tu takda orang lain pun so agak susah la kata hilang sebab staff dia yang ramai. aku tak kisah kalau hilang tapi dlm customer service, bila dah janji dgn customer utk call semula, so kena buat la....anyway,it's a good lesson 4 me...merasai customer's experience..huhu
daun kari atau daun karipole digunakan untuk memasak kari ikan ataupun kari daging dan ayam. disebelah utara, kari dipanggil gulai. tidak lengkap gulai atau kari tanpa daun kari ini kerana aromanya cukup untuk menambahkan selera kita. gambar diambil menggunakan lense 50mm f 1.8 diberanda rumah aku sendiri. mmg daun kari ini ditanam didalam pasu agar ianya mudah untuk diambil untuk kegunaan memasak kari ataupun gulai.