BBQ di Rumah Mat Syal

ahad lepas 8hb satu mini gathering telah dilakukan di rumah mat syal. bbq yg tertangguh sejak sebulan akhirnya berjaya direalisasikan oleh tuan rumah, Mat Syal dgn jayanya.daripada preparation utk bahan mentah sampaila ke bahan teknikal utk bakar ayam...hehehe..thanks dude..cayalah beb..nanti kita buat lagi..yg hadir mlm tu, harmidy with family,pejal n wife dan aku sekeluarga.kalau ikutkan geng kami ni ada lagi 4-5 orang tapi masing2 dah ada komitmen, jadi 4 orang pun jadilah..insya-Allah next time kita buat lagi...maybe kat balkoni rumah aku..hehhehe..mau kena bakar dgn tuan rumah tingkat 5 dan 7 (aku stay kat tingkat 6).
Photobucket

Photobucket

sesi memanggang ayam..wpun permulaan yg agak lembab utk menghidupkan api tetapi berkat kesabaran..akhirnya kita berjaya..cayalah!!

Photobucket

ahli komuniti malam tu terdiri daripada aku sekeluarga, pejal n wife, harmidy dan keluarga serta tuan rumah mat syal

pejal n wife

Photobucket

harmidy geng nikonian..tak leh geng dgn aku la...heheh

Photobucket

mat syal ala-ala emmet butterfingers..hehe

Photobucket

insya-Allah nanti kita buat lagi kawan2..thanks 4 invited me n family!

04 02 09


Kizsports & Gym- Firdaus's Birthday

firdaus fahmi's birthday

hari ahad yang lalu 1feb 09, aku n family dijemput mnghadiri majlis sambutan hari jadi anak kawan aku fahmi di kizsports & gym di great eastern mall, jalan ampang. minggu lepas dah buat dah kat rumah tapi tak berpeluang aku nak p, so jmputan kali ni aku tak dapat tolak wpun pdmulanya agak keberatan nak p...huhu. so gambar2 kat bawah ni, masa event hari tu...dania suka sungguh.dapat main macam2 kat dlm tu. insya-Allah boleh bawa dia p lagi.








Appreciation Nite











Bukit Tinggi 3 Hari 2 Malam-Day 1

23hb Jan lalu, for the first time, aku menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi, Pahang kerana menghadiri convention yang dibuat oleh majikan aku. 2006, IOI Putrajaya.2007, Grand Season,KL. 2008 Istana Hotel dan 2009 aku pun tak tau kenapa depa pilih Colmar Tropicale.bertolak dari kajang secara car pool dengan menaiki kereta rakan En Maslan dari Putrajaya dengan rakan2 yang lain, Haizi dan Irwan. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti makan dahulu kerana pihak penganjur tak menyediakan makan tengahari. Lepas makan terus bertolak ke Bukit Tinggi melalui Highway Karak. Dalam pukul 12.30 kami pun sampai..aku tgk,rakan2 yang lain dari seluruh malaysia dah pun sampai. time tu cuaca tak la sejuk mana pun cuma berangin ja..daftar masuk.bilik aku di Fuchsia...check nama rupanya roomate aku dari Sitiawan. cantik.satu kepala..huhu..boleh dibawa berbual.huhu...
wpun baru ja sampai tapi aku tanpa segan silu mngeluarkan kamera aku shoot 2-3 pics...rasa macam duk kat perkampungan di France je..huhu..lepas selesai tangkap gambar..aku terus ke bilik aku di Fuchsia
buka je bilik.aku tgk cantik gak bilik aku.berapalah agak harga utk sebilik ni kalau semalam tidur.nanti aku check.yang penting aku ada sejam lagi utk tidur kerana 2.30 ptg CEO aku dah nak buat perasmian. dapat sms daripada bos aku suruh datang sebelum 2.30 ptg sebab nanti kena denda.wah macam orentasi masuk U je..haha.
biasalah convention, kalau tak mengantuk saja sangat la.pic ni aku tangkap semasa convention tersebut. utk hari pertama, sebelah petang ada sesi ice breaking kemudian ada outdoor activity dan disebelah malam ada success stories by staff/outlet.nanti aku sambung lagi dengan appreciation nite-nite of heroes..mcm2 character ada..haha.a....

Kempen Boikot Barangan Israel & Amerika


jangan minum kat starbucks coffee tapi kat setarbak kopi takpe...huhu..baru balik dari bukit tinggi...nanti upload gambar2 kat sana...chow

Yellow Cab Pizza Co


hari ni khamis..esok aku ke bukit tinggi,pahang.ada convention la plak..orang cakap tempat tu sejuk.ada kemungkinan masa convention nanti mata aku sure nak tido punya.bukan aku.huhu..takpe,nanti cerita pasal bukit tinggi.
customer x ramai pun hari ni tapi problem customer buat aku sakit kepala byk hari ni.lepak kat luar.kedai pizza yellow cab sebelah kedai aku baru ja buka.berderet motor vespa yellow cab kat depan kedai diorang.kebetulan motor ofismate park kat sebelah motor diorang.kebetulan warna pun kuning.dapat idea.kalau letak peti pizza kat atas rxz tu pun cantik gak.
aku pun snap guna kamera hp.tunggu....

dah siap pun editing.bkn takde keja.tapi take 5.huhu.so nanti kalau free,boleh la buat part time hantar pizza guna motor rxz.aku dah email pun kat satu ofis.ada yg ketawa.release tension skit.ye la kot.ok.sambung buat kerja.nak kena call customer..huhu
editing ni sekadar suka2..

1 tahun 2 bulan


1 feb ni dania zahra dah 1 tahun 2 bulan. pejam celik pejam celik, dania dah cepat berubah wpun badan dia tak besar mana pun...huhu...proses kehidupan daripada boleh meniarap, merangkak sehinggalah sekarang ni dah boleh berjalan..oleh sebab itu, moment2 ini tidak boleh dilepaskan utk dirakamkan dlm bentuk digital or hardcopy sebagai kenangan yang kekal abadi yang boleh disimpan dan dilihat oleh cucu cicit..huhu..hari ini mama dania mc lagi..semput lagi..